Wednesday, June 22, 2011

The Curly Gurl...

situasi di playground Taman bukit mewah kajang...

Bonda: aiesyah jom balik....
Aiesyah: (diam... muka masam sambil tengok bawah)
Bonda: aiesyah... jom lah balik...
Aiesyah: (Diam pandang tempat lain buat tak layan)
Bonda: Aiesyah... Aiesyah !
Aiesyah: (masih diam buat tak layan)
Bonda : (pegang tangan aiesyah)
Aiesyah: (tarik tangan dia balik. don't touch me...)

Bermula lah aksi berguling di taman permainan. 
bonda geram. terus dukung aiesyah dab berjalan balik. 
Aiesyah pulak sambil didukung menjerit dan meronta-ronta tak nak balik...

hai... dah macam culik anak orang bila bonda nak bawak aiesyah balik rumah dari playground...

Menjadi Teladan Para Hartawan


Dikalangan 4 khalifah dilihat kurang menonjol kerana karektor beiau yang lemah lembut berbanding kahlifah lain yang lebih agreasif; Saidina Abu Bakar Penegak Kebenaran, Saidina Umar Pemegang Panji Islam, dan Saidina Ali yang mengusai ilmu pengetahuan. Beliau menjadi khalifah Ar-Rasyidin yang paling lama memerintah iaitu selama 12 tahun (644-656M).

Saidina Uthman terkenal dengan sikap lemah lembut dan dermawan. Kerana beliau masih seorang hartawan ketika menjadi pemerintah (berbanding khlifah yang lain yang hidup besederhana), beliau sering disalah erti menyeleweng wang negara, sedangkan kebanyakan hartanya telah diberi kepada baitulmal dan dengan kehendak-Nya juga dia menjadi semakin kaya raya.

Selama 12 tahun pemerintahan beliau, 6 tahun pertama adalah tahun kegemilangan pemerintahannya. Manakala 6 tahun terakhir banyak melibatkan fitnah, pemberontakan dan pertelagahan islam sehingga menyebabkan beliau terbunuh.

Saidina Uthman menjadi contoh yang paling tepat sebagai seorang hartawan Islam. Beliau gemar berpakaian cantik dan kemas dan gemar berwangi-wangian. Karekter beliau menampakkan kelas beliau sebagai seorang hartawan dan dalam masa yang sama memilih untuk bersifat lemah-lembut dan besederhana. Beliau melayan semua yang beragama islam sebagai saudaranya yang perlu dibantu dan tidak pernah mengelaskan taraf hidup mereka.  Dikatakan kekayaan Utman tidak pernah merosot walaupun beliau sering menyumbang sebahagian hartanya untuk pembangunan negara.

Pemerintahan Saidina Uthman Berjaya merancakkan ekonomi islam. Beliau membina Empangan untuk mengawal banjir dan membina jambatan-jambatan untuk memudahkan perhubungan.

Legasi Uthman kekal sehingga hari ini dalam dunia Islam adalah beliau berjaya menyudahkan misi pengumpulan dan penulisan mushaf Al-Quran dan di seragamkan menjadi Mushaf Uthmani. Tinggalan beliau diganapakai sehingga kini…

Tuesday, June 21, 2011

Berbakti pada tanah....


Dah lama tak post tentang rumah. secara rasminya saya dah duduki rumah yang dibeli ini pada 1 Mei 2010. jadi adalah lebih kurang sebulan setengah.Tak banyak pun perubahan yang saya buat. gaji kecil... jadi kena buat sikit sikit. tapi mama dan abah banyak membantu.

Sentiasa terbuka untuk semua tetamu...
Cuma diluar rumah saya tanam beberapa tumbuhan terutamanya yang berbunga untuk menyerikan laman. nak lawan rumah mama dan abah memang awal lagi saya menyerah kalah. ho ho... sebenarnya rumah ni tak ada laman pun....

Taman mini saya...
dari kiri: pokok buluh, serai yang disumbang oleh mama, mawar putih dan keladi bunga.

spesis pokok keladi yang tak tahu nama apa. tapi ia saya kekalkan daripada pokok asal yang ada di sini. bunganya hanya kembang dipagi hari. satu tangkai bunga ini bertahan hingga lebih sebulan.
Mawar putih. Saya memang menggemari bunga yang berwarna putih dan wangi. Ion positif yang dikeluarkan ke udara oleh bunga yang mempunyai kriteria ini amat banyak. Jadi bunga-bunga seperti ini kategori bunga yang mempunyai aura (kalau orang fizik macam saya dipanggil gelombang. tapi istilah aura adalah lebih komersil) yang sesuai untuk dijadikan terapi. Kalau boleh saya nak tanam bunga kemboja putih...tapi KIV dulu.  kecuali bunga sundal malam atau mana-mana bunga yang kembang waktu malam gelombang yang dikeluarkan tidak begitu sesuai untuk dipasangkan dengan gelombang manusia. Emmm macam nak ajar fizik pulak...Pokok ini adalah perintis kepada taman ini. sejak dibeli ia tidak putus-putus berbunga.....


 Saya tak tahu bnga apa ini. tapi memang sentiasa berbunga. saya beli sepasang, merah (warna kegemaran aiesyah dan pink)

Pokok Buluh. ini pun saya suka... pokok buluh ini menghasilkan suasana kedesaan dan mengingatkan saya sungai di kampung mama yang banyak pokok buluh.

Pokok Palma. Ia tiada dalam gambar pertama sebab diletakkan di belah kanan rumah. memang dua ini sahaja... tapi mungkin nak pindahkan ke kiri jugak untuk menyertai pokok-pokok yang lain...

Pokok ini digantung didinding kanan selepas turutan pokok-pokok yang lain. kedua-duanya saya tak tahu nama.. waktu beli lupa nak tanya. pokok disebelah kiri saya panggil pokok tipu. sebab dia nampak perfect macam pokok tiruan, tapi ia pokok yang betul. dah ramai yang tertipu... pokok di sebelah kanan yang warna maroon tu saya panggil pokok rambut aiesyah. sebab bila tengok pokok ni saya akan tergambar rambut anak saya yang curly dan serabut tu.
Tepi pokok rambut aiesyah tadi adalah akuarium ini. Disumbangkan oleh Tok Din. Iesyah sahaja yang selalu mengadap akuarium ini. ikan dan akuarium ini diselenggara oleh En Wan. saya awal-awal lagi dah surender taknak jaga. leceh la... saya nak jaga bunga je B. Tepi akuarium adalah kerusi dan meja laman. Tempat saya dan En wan melepak setiap petang. Biasanya hujung minggu je. sebab En Wan balik kerja malam.... 


Misi saya memang nak tambah lagi pokok. kali ni nak beli yang berdaun untuk tambah kehijauan.

Gambar di bawah adalah gambar laman mama yang cantik dan sentiasa saya rindui.... dah macam nursery rumah mama tu... cantik.dan sentiasa menjadi inspirasi kepada tetamu yang berkunjung...





Semoga tumbuhan-tumbuhan yang dijaga ini sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga saya....

Monday, June 20, 2011

MELON MANIAC!!!

Tembikai...
memang KEGEMARAN Aiesyah...
Dah habis satu mangkuk...
"ADA... NAK AIEEE (Bonda nak air)
nak minta apa pun semua sebut air....

HAMPIR HABIS SATU MANGKUK
INI ADALAH MANGKUK KEDUA KALI

SEHINGGA KE TITISAN TERAKHIR

FINISH!!!!
ADAAA...! NAK AAIEEEE

Tuesday, June 14, 2011

Wanita Berdikari

Terpanggil saya menulis tapik ini bila semalam saya diberitahu seorang teman baik beliau telah bercerai dengan suaminya setah hampir empat tahun berumah tangga dan dikurniakan 2 cahaya mata. Tergamam saya kerana pada ketika itu mesyuarat sedang berlangsung dan kami duduk bersebelahan. Apa pun keputusan rakan saya, saya percaya dia telah berfikir sejauh dan sedalamnya dan saya doakan kebahagiannya...

bukan dia sahaja teman saya yang berstatus janda...

kerap juga masuk ke gegendang telinga saya sebutan 'saya dah divorce'...

selalu saya bertemu dengan wanita-wanita yang bersendiri ini...

Namun...Buat itu yang mahu saya bicara...


Saya kongklusikan wanita-wanita ini sebagai wanita yang memilih untuk hidup 'berdikari'. Sama ada yang memilih untuk bercerai ataupun yang memilih untuk tidak berkahwin.

Fenomena ini bukan asing dalam dunia yang menyerlahkan kewibawaan wanita. Saya optimis faktor ini penyumbang terbesar wanita memilih untuk berdikari. Kalau dulu wanita terpinggir. Kebergantungan wanita terhadap lelaki untuk survival hidup cukup tinggi.

Penjelasannya mudah...
Wanita kini punya persepsi sendiri...
boleh membiayai hidup...
tiada lagi kebergantungan terhadap lelaki...

daripada menanggung parah hati
dek lalaki yang kurang tanggungjawab sebagai suami
lebih baik menyendiri
boleh fokus pada kerjaya

Kedudukan ekonomi dan sosial wanita dalam masyarakat yang kukuh menyebabkan wanita tidak teragak-agak memilih untuk berdikari....

SAYA...

kalau tak bergaduh berdebat dengan En Wan dalam sehari tak sah. sebab kami dipertemukan dalam arus perdebatan IPTA (memang dah selalu bergaduh dari dulu).... maka bergaduh dan berdebat dah jadi asam garam rumah tangga kami... jadi kalau nampak kami bertekak... itu tengah berdebat tu....

Dedikasi kepada "bloggers in the family'


We Are Bloggers

Ia bermula dengan my little sister. Tapi dah tak little dah. Lagi tinggi dari saya. Dia macam CNN. Pusing satu family dia punya berita. Tapi tak boleh nak kalahkan anak mami. Jadi ranking dia bawah sikit.

Kemudian, mama bersara dua tahun lepas. She started the ‘face booking’ activity, then followed by blogging. This 57 years old blogger is actively writing. Almost every day she reports her daily activities. Tapi dah 4 hari duduk di rumah saya…. Tak dapat nak menulis sebab broadband saya rosak. Sori mama.

The theme

Senanglah saya bila mama jadi blogger… boleh tahu apa mama buat hari-hari. Bukan tahu apa mama buat sahaja… apa yang Abah buat pun tahu jugak… kalau dulu duduk-duduk di belakang pondok ‘Bedah View’ kami ternganga khusuk dengan mama bercerita pasal dulu-dulu. Sekarang ni pulak saya khusuk membaca mama menulis cerita pengalaman dulu-dulu. Bila orang yang berharga bak emas ni menulis, penuh pelajaran dan pengajaran…Tajuk blog pun “Bila Sudah Bersara”. Ha-ha tapi kepada sesiapa yang membaca blog beliau, dengan satu dua atau tiga post sahaja kita dah tau aktiviti mama adalah blogging… gardening… cooking…jalan-jalan’ing’.

Ok . sorang lagi yang masih menggelar dirinya as the baby of the family walaupun umur dan nak masuk 20 tahun kot… betul kah??? Tapi tak kisahlah… semua berita dia kelek dalam blog. Dari berita pasal diri sendiri, anak orang… mak orang … rumah orang… tempat orang….semua budak ni terjah. But I still likey (guna bahasa kamu). She likes to upload our family pictures especially the picture of her nephews and nieces (included Aiesyah). And the pictures are nice too (please don’t kembang your hidung). See her at ‘pinch me’.

Saya pulak… konon nak jadi blogger yang berdiskusi tentang topik semasa… emmm susahlah… otak kering… finally saya tulis sahaja apa yang sedang saya fikir…

 Jadi bila masuk office perkara pertama saya buka blog saya dulu… tengok berita dari famili, amik motivasi dan mood dalam 10 minit, penting untuk produktiviti kerja… baru lah saya start buat kerja dengan ceria walaupun kerja-kerja yang datang tu tak ceria pun.

Pada Hemat Saya…

Pada hemat sayalah… dari ketiga-tiga blog ini (saya, mama and the baby) jelas nampak ketara perbezaan pembawaan blog.  Nyata umur yang memisahkannya… daripada blog yang penuh kata nasihat… ke blog yang pum-pang pum pang macam  tak ada insuran dan ke blog yang fun and creative life as a teenage girl. Tapi masih ada persamaan… we proud to be in Che Had's family and we proud to write and talk about ourselves.

Visit Them At
            http://bolianahmad.blogspot.com
            http://pinchmefatini.blogspot.com
ho ho.. dah macam promote pulak

MISI?

Bila pulaklah  ahli-ahli keluarga yang lain nak ber blogging pulak (statement ini merujuk kepada Cikgu Kecik, the workaholic businessman, the sleeping beauty doctor, the dedicated lecturer, the talkative insurance agent and also the ‘biggest member’ in the family…. Haha… lu pikirlah sendiri siapa). En Wan tuu dah lama dah bukak blog… tapi seketul huruf pun belum tulis…nanti Bila Abam, Adik dan EcahBella dah besar Bonda suruh blogging jugak... Nanny pun mesti pesan yang sama (hanya nanny yang boleh menjawab soalan ini..)... senang bonda nak tau khabar..

The Next Gen...

Wednesday, June 08, 2011

PASAR MALAM


Saya bukan KAKI PASAR MALAM. Dan saya pun memang tak suka pergi pasar malam. Bukan sahaja pasar malam… sebarang tempat yang ramai oranglah…. Kalau saya nak shopping, saya sanggup ambil cuti semata-mata nak pastikan shopping complex tu lengang… tak ramai orang. Maka jelas sekali, saya tak suka pergi carnival kah… jom heboh kah… atau apa-apa kah yang terdapat kesesakan orang ramai di situ. Kalau saya pergi kenduri kawan-kawan… saya akan heret En Wan untuk start enjin kereta pukul 10.30 pagi untuk jadi orang yang terawal makan nasi minyak… he he.. melainkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.


Tapi semenjak MPK buka pasar malam bawah office saya ni… saya pun angkat kaki pergi pasar malam setiap hari rabu seperti hari ini. Keluar office terus Nampak kedai laksa… So secara afficalnya saya dah jadi pengunjung tetap pasar malam Kajang Utama ni… walau panas… Walau terik… walau hujan… tetap kaki saya HAYUNNN… Semangat sungguh saya…

Tapi barang kat pasar malam ni tak adalah boleh tahan… mahal jugak… terpaksa perah otak nak jadi pengguna bijak… (atau kedekut). Tapi tak apalah...kita layannnz.  
Pasar Malam.. I'M COMING.

Tuesday, June 07, 2011

My Baby Center...


Sangat lama saya tidak membuka emel yahoo. Rutin harian hanya membuka emel rasmi sahaja. Akhirnya semalam saya buka juga. Dah penuh mel box sehingga tidak dapat dibuka menggunakan aplikasi beta. Terpaksa guna classic emel. Saya dah lama tak membaca news letter dari baby center yang dilanggan setiap minggu. Penuh dalam mel. Kelapangan semalam member saya ruang membaca hingga lewat pukul enam. Saya cukup gemar dengan info baby center. Lebih up dated dari info berita Malaysia. Dari saya pregnant lagi saya dah mula membaca baby center.
 Semuanya dicerita dengan terperinci mengikut umur anak. Dari perancangan untuk pregnant, masa dalam kandungan sehinggalah semalam naskah yang terbaru yang dihantar“ your 17 month old week 3’. Memang dihantar setiap minggu mengikut umur anak yang didaftarkan. Daripada naskah tersebut diceritakan perkembangan normal yang sepatutnya berlaku pada anak mengikut umur.

Bila sepatutnya dah meniarap, merangkak, berjalan., bercakap. Bila si ibu boleh biarkan anak makan sendiri…, Apa yang perlu dilakukan bila kita lihat perkembangan anak terlalu cepat atau lambat. Maklumat nutrient, susu, faktar sekitar keracunan, botol susu, apa yang boleh apa yang tidak… menangani anak yang suka menangis, susuh tidur dan semuanya lagilah. Semuanya ada….jadi kepada para ibu boleh layari dan langgan news letter dari baby centre di www.babycenter,com. Baby centre Malaysia pun ada tapi saya langgan baby centre UK. Sebab faktanya lagi banyak. Cuma nak kena ubahsuai sikit ikut culture. Kitakan makan nasi. Orang sana makan potato…. New born kita 3 kg. new born mereka 4kg tu standard…

Untuk hari ini saya copy tentang maklumat Gigi dan penjagaan. Sebab Aiesyah dah nak masuk 18 bulan… gigi tetap maintain 6 batang yang dah panjang-panjang semuanya…
 
When will my toddler get all of his teeth?

Teething patterns vary greatly from child to child — some don't have any teeth at their first birthday, while others are sporting a mouthful by then. The vast majority of babies sprout their first teeth between 4 and 7 months of age. (If your child still doesn't have any teeth by 15 to 18 months, schedule a visit with a pediatric dentist.)

Teeth generally appear one at a time over a period of months, and often — but not always — in this order: First the bottom two middle teeth, then the top two middle ones, then the ones along the sides and back. (They may not all come in straight, but don't worry — they usually straighten out over time.) Your toddler's first molars, the wider teeth in the back of the mouth, will probably start to appear by the time he turns 1.

The last teeth to appear (the second molars, found in the very back of the mouth on the top and bottom) are usually all in place by a child's second birthday. By age 3, your child should have a full set of 20 baby teeth, which shouldn't fall out until his permanent teeth are ready to start coming in, around age 6.

Other Topics in teething
-       Teething syndrome


What's the best way to brush my child's teeth?
While your child's early teeth are still coming in, you can clean them with a wet washcloth or a piece of gauze. By the time his back molars have come in (around 18 months), you can switch to a soft nylon-bristle child's toothbrush. Using plain water, gently brush the teeth on both the outside and inside surfaces twice a day. Brush his tongue as well (if he'll let you) to dislodge the bacteria that can cause bad breath. Replace the toothbrush as soon as the bristles start to look worn or splayed out.

Other Topics in toddler tooth care:

Monday, June 06, 2011

Cerita APC


Memang di tengah tahun semua kementerian sibuk mengendalikan APC, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Tanyalah sesiapapun … semuanya mengidam nak merasa APC.

Banyak cerita disebalik APC ini. Pemerhatian saya…
ada juga organisasi yang membuat pencalonan APC mengikut penggiliran. Ia nya Nampak adil dan dan sama rata. Sebab semua orang akan merasa. Tapi disebaliknya… tidak timbul semangat bekerja yang proaktif kerana semua orang akan dapat APC.

Disesetengah organisasi…
Setiap tahun orang yang sama dapat APC. Sebab setiap tahun orang yang sama menunjukkan prestasi yang cemerlang jauh dari orang lain. Pun adil jugak kan. Walaupun hanya dia yang merasa… tapi kerana hanya dia lebih layak dapat dari orang lain…

Yang mana satu anda suka.
Saya suka yang kedua…
Bagi saya biarlah APC itu tak berkembang penerimanya… asalkan yang menerima adalah yang benar-benar cemerlang dan mampu memberi inspirasi kepada yang lain. Baru APC menjadi satu lagenda… tanpa kontraversi melanda.

Saya…
Walaupun tak dapat APC. Saya tetap puas hati. Puas hati bila markah LNPT yang diberi menunjukkan rasa puas hati bos pada saya. 
Saya dikalahkan oleh rakan sejawatan yang telah 5 tahun berkhidmat. Tapi saya puas hati… sebab memang layak pun senior saya ni dapat APC. Patut dapat dari tahun lepas lagi. Siang-malam bersengguk kat pejabat sahaja… Emmm saya dikalahkan oleh orang yang memang betul mengalahkan kekuatan saya bekerja… sekurangnya pening kepala, tension dia berkerja selama ini berbayar dan berbaloi (sebab dia mendapat rakan setugas kategori tidur sehingga dia terpaksa menanggung hampir semua tugas di Cawangan tersebut).

Begitu juga rakan-rakan saya yang mendapat APC di Kementerian… hampir kesemuanya jenis yang bertakafur di Office. Rasanya boleh kategori berumah tangga di office. Monopolinya kaum Adam.  

Saya…
Nak kena buka dapur dan nursery (pusat jagaan kanak-kanak) di office untuk berumah tangga di office.

SAYA UCAPKAN TAHNIAH KEPADA RAKAN-RAKAN SEPERKHIDMATAN SAYA YANG TELAH MENDAPAT APC TAHUN INI.
ANDA MEMANG SELAYAKNYA DIHARGAI 
DENGAN PENAT LELAH KERJA 7 HARI SEMINGGU TANPA CUTI…
ATAU YANG BEKERJA 16 JAM SEHARI TANPA DIBAYAR OT.


Pengajaran…
Bila kita rasa kita banyak KERJA…
banyak lagi kawan-kawan kita yang LAGI banyak KERJA….
jadi buatlah KERJA dengan hati yang terbuka..
bukan dengan KOMPLEN yang berjela-jela…
hah ha..

Hanya bebelan...


 Saya memang suka suasana kerja pada waktu cuti sekolah. Terutama hari isnin. Macam hari ini…

Sebab waktu ini tak ramai orang di office. Tak pening kepala melayan kerenah staff. Bos-bos besar pun tak ramai. Sebab semuanya nak celebrate cuti dengan anak-anak waktu ini.

Pada waktu inilah saya boleh duduk di office dengan aman.

Kalau tidak… kelibat saya hanya seketika di bilik saya.
Masa saya banyak terbuang dek perjalanan dalam kereta (ke destinasi luar) dan duduk termenung atau memerah otak menjawab soalan bos di meja mesyuarat.
Atau pun pergi berperang di EPU memohon bajet untuk tahun hadapan…

Kalau saya ada di bilik pun, sekejap bos A panggil, dua kali kejap bos B panggil. 3 kali kejap Bos C nak panggil meeting tergempar. Kalau aman di bilik pun… telefon saya setiap minit berdering dengan panggilan kontraktor.
Tapi susahlah nak cari masa aman ni. Bila saya buat paper di masa yang taka aman… fikiran bercelaru. Ini adalah penyakit yang paling merbahaya. Sebab paper saya banyak angka-angka duit. Takut tersalah tulis. Patut 100 ribu jadi 1 juta. Kan susah tu…

Saya rasalah… patut pegawai kewangan, audit, akauntan kena kuarantin jangan bagi sesiapa kacau sangat. Susah hati lah saya. Dah kira lepas tu kena kira… dan kira… kira lagi… akibat konsentrasi yang terjejas. Sebab itulah satu hari satu paper. Sebab tu jugaklah saya suka buat paper diluar office hour. Pukul lima ke.. pukul 6 ke…  time orang confirm tak kacau kita. He he..

Tapi hari ini…
 Ha.. Ha…
Saya dah habiskan 8 paper untuk present ke board. Kalau hari biasa nak siapkan 1 paper pun susah. Agaknya di waktu cuti sekolah ni pun kontraktor banyak off jugak. Sebab sehingga petang Cuma 2 panggilan kontraktor sahaja disambung kepada saya.
Tapi kalau tak ada panggilan pun lagi bagus.

HARI YANG AMAN….
SEMOGA ESOK TERUS TENTERAM…
Saya buat paper sambil menikmati teh ais bungkus kedai mamak...

Tapi tak jugak.. TKSU saya tetap melaksanakan misi mesyuarat pukul 5 esok. Rajin sungguh bos saya tu. 

Saya…? 

Saya Yang Menurut Perintah…

Jangan sampai terhantuk...

Artikel ini saya tulis setelah berbual dengan seorang pegawai kanan dalam organisasi saya bertugas…..


 Bila saya rujuk balik artikel sebelum ini, ‘menerajui perubahan… melangkaui jangkaan…’, saya terlupa sesuatu yang sangat penting. Bila kerajaan melinearkan perjawatan… maknakan ambilan saban tahun akan turut linear. Malah mungkin merudum kerana pos-pos yang bakal dilupuskan.

Berita yang kurang memberansangkan buat para graduan yang mencari pekerjaan terutamanya sektor kerajaan. Dalam Industri pun bagi saya turut sama terjebak dalam fasa pembangunan semula ekoran kemurungan ekonomi daripada 2008 lagi. Walaupun kegawatan telah berlalu… nak menghilangan parut tetap mengambil masa. Ekonomi Malaysia masih bertahan ekoran 40% perdagangan masih berkisar dalam domestic. Kalau dibuat perkiraan… setiap kali keruntuhan ekonomi dunia berlaku… lebih kurang 60% perdagangan turut lumpuh. Bagi saya itu sedah baik. Itupun kalau 100% industry antarabangsa dalam Malaysia musnah. Tapi mustahil semua. Jadi kalau nak dikira balik mungkin hanya sekitar 50%. Jadi dari sudut ekonomi, pertahanan perdagangan Malaysia agak kukuh. Nak dibandingkan negara kecil di selatan Malaysia… 98% ekonomi bergantung kepada luar. Kalau ekonomi dunia lumpuh maka musnah lah dia… tapi tak boleh lawan negara Thai. Sector perdagangan dalam negara memang kuat. Tak kira tengah ada pemberontakan rejim, kegawatan politik, tsunami dan pelbagai lagi… ekonomi Thailand di lihat sangat linear. Tiada kejatuhan drastic.

Emm.. macam dah bertukar kepada analisis ekpnomi pulak…

Sebenarnya intipati penulisan saya, saya Cuma nak sampaikan… bagi Penjawat awam bertaraf tetap yang baru… terutama yang belum sah jawatan lagi… anda sepatutnya bersyukur. Kerajaan kini lebih cenderung mewujudkan pos-pos tidak tetap (kontrak dan sambilan). Maka memang sepatutnya penjawat awam yang mendapat pos tetap ini bersyukur kerana Berjaya dalam persaingan kompetitif penyandangan jawatan ini.

Sedihnya bila saya mendengar rintihan dari ketua-ketua perkhidmatan, mengenai kegagalan penjawat baru menjalankan tugas terutama yang bertaraf tetap. Dalam organisasi saya bertugas… hal yang demikian turut berlaku. Jika diperhatikan rutin harian seorang pegawai kontrak  dan seorang pegawai bertaraf tetap (belum disahkan)… baik lagi pegawai kontrak…

Mungkin kita bermain dengan psikologi… pegawai kontrak menunjukkan prestasi yang memberansangkan dengan harapan akan diserap ke jawatan tetap (walaupun tiada harapan… namun masih menaruh harapan)…atau mendapat rekemen yang memberansangkan dari organisasi tempat bekerja sehingga membolehkannya mendapat advantage yang tinggi ketika memohon jawatan lain.  Manakala pegawai tetap cukup selesa dengan perjawatan sedia ada yang dirasakan telah menjamin masa depan.

Ketika saya ditanya oleh Bos tempat pegawai tetap itu bekerja…. Apa yang boleh dibuat untuk mengubah cara bekerja… saya hanya diam… pengalaman saya dalam 4 tahun bekerja pasti tak boleh menandingi orang yang bertanya (sebab dia dah 20 tahun bekerja dan berjawatan tinggi). Katanya lagi… dimarah sudah… ditunjuk ajar pun sudah. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia tukarkan posisi pegawai terbabit kepada kontrak dan biar pegawai kontrak yang berprestasi tinggi yang memegang jawatan tetap. Agak serius nadanya..

Akhir bicara saya bersamanya , saya kongsi pengalaman seorang rakan saya yang dilengahkan pentarafan tetapnya kerana berprestasi rendah. Sedih juga saya melihat dia kehulu kehilir dikeleknya borang pengesahan jawatan. Kerana tidak ada pegawai kanan yang mahu menandatangi borangnya. Tapi jari saya tetap saya tunding kepada kawan saya juga. Memang salah diri sendiri. Pengesahannya agak lambat hampir setengah tahun dari saya. Saya jengok juga dirinya sekarang. Emmm tetap sama…

Mungkin pegawai kanan yang berbual dengan saya tadi… akan lakukan perkara yang sama. Malangnya… bukan semua orang bersyukur dengan apa yang telah ada. Semasa mohon kerja… janji ditabur sepenuh sawah terbentang. 
Tapi bila sudah dapat....

Sepatutnya… kita pandang dibawah melihat rakan-rakan yang masih bersabung mencari kerja…

Untuk pengajaran
Rakan saya diberhentikan dari jawatan setelah 4 tahun berkhidmat ekoran prestasi serta disiplin yang lemah, ketika diberhentikan, beliau yang baru saya kenali sangat rajin... sehingga saya tidak tahu sifatnya dahulu adalah bertentangan... Namun ia sudah terlewat untuk menutup kesilapan 3 tahun lalu. Ketika dia diberhentikan baru lah dia bersuara menceritakan pengalaman bekerja yang lalu, ketka itu saya baru berkhidmat 6 bulan dalam kerajaan. Kes beliau 3 tahun lalu baru habis dibicarakan di JPA dan berakhir dengan pemecatan pada tahun 2008. Ketuanya berhempas pulas mempertahankan beliau dengan mengatakan beliau telah berubah...Namun ia tidak mengubah keputusan. Tuhan memberi rezeki kepada mereka yang mencari... beliau kini berjaya dalam perniagaan membekalkan peralatan kepada organisasi-organisasi dalam negara. 

Saya pasti... bila berakhir dengan cerita sebegini sesiapa pun akan berubah... Tapi tak kanlah sudah terhantuk baru nak tergadah...


penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...