Monday, October 31, 2016

Vege garden

3 malam bermalam di Pahang.... balik rumah pokok jugak yang dituju dulu...
hujan setiap hari. pokok pun menari-nari.

Pokok kailan dalam pasu panjang yang paling besar. dah patut tuai. daun pokok kalilan uratnya makin kasar dan berwarna keunguan. mungkin daun dah tua. agaknya masih sedap tak dimakan? malam ini baru nak menutip kailan buat goreng. 2 pokok ditanam dalam kotak gabus dibelakang tersangatlah gemok. space besar agaknya. 

pokok kobis macam tak berapa nak jadi... lambat besar atau dah bantut tak pastilah. pasunya di kanan sekali. tak nampak sebab along kawasan tengah buat lawatan (monster). dalam banyak-banyak pokok sawi cina... hanya dalam 5 pokok sahaja membesar dengan baik. pasunya yang panjang bewarna perang di kiri sekali. sawi bunga kuning hanya tinggal dua pokok. tu puan yang banyak kali dituai dan dikerat dan tumbuh semula. 

semaian baru sawi pak choi atau sawi renek. benih dah bercambah. tunggu berdaun baru jarangkankan ke pasu. 

Tomato yang dua bijik baru berputik dah tinggal sebijik. mesti kerja en squirel... waktu ke pahang, en monster pun tak ada kat rumah..  hantar hotel. berleluasalah en squirel. daun sawi pun banyak terpatah-patah.

Sebab depan rumah ni dah full haouse parking pasu, saya dah bukak cawangan kat tingkap dapur. so dapat cahaya  yang tak berapa garang. light-light gitu.  tanam dalam kotak gabus ais krim baskin robin yang tak berapa besar sangat. dapatlah pokok sup 2 pokok yang agak subur tapi renek je. satu pokok bawang. beberapa pokok ketumbar yang tak tinggi-tinggi. ada satu pokok kubis yang subur tersesat kat situ. esok lusa nak pindahkan ke pasu. 

minggu lalu dah outstation, hujung minggu ni pun sama. jawabnya minggu satu lagilah baru dapat belek pokok2 ni betul2.

Saturday, October 22, 2016

Wednesday, October 19, 2016

BENARKAN SISTEM GST MALAYSIA MENINDAS B40




Dah basi dah cerita GST ni. Tapi tak mengapa lah, buat brain storming kepala saya yang dah berkarat ni. Tiba-tiba terasa nak studi sikit gst dan kesan kepada rakyat Malaysia khususnya diri sendiri. Nak pulak semalam seorang sepupu saya mewar-warkan tentang ura-ura kenaikan GST sebanyak 8%.

Soalan Pertama.
Kenapa kita bising setiapkali kerajaan naikkan harga barangan?? (GST/Minyak/dll)

Soalan kedua.
Setiap kali saya membaca perihal bising tersebut mesti akan kaitkan dengan golongan miskin yang akan terbeban.
Terbebankah golongan ini dengan kenaikan  tersebut???

Soalan ketiga.
Para diskusi jugak pasti akan kaitkan dengan kepimpinan islam yang tidak menindas golongan Miskin.
Apakah sistem Malaysia yang diiktiraf sebagai Negara Islam tidak mengikut kaedah Islam????

Soalan Keempat.
Sejauhmana ilmu (knowledge) para dikurator tiap kali menjadi salah sorang ‘Net-izen’ mengenai GST ini??

 Soalan Kelima
Apakah pakar-pakar ekonomi di Perbendaharaan (Kementerian Kewangan) tidak membuat research mengenai kesan ini kepada sosio-ekonomi rakyat Malaysia??


Definisi Miskin mengikut garis ukur Kerajaan Malaysia.

Banyak kategori Miskin telah digariskan dan diperincikan dengan baik sekali oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

1.    Kumpulan B40: Pendapatan isi rumah kurang daripada RM 3860 sebulan.
2.   Mudah Miskin: Pendapatan isi rumah kurang RM1500 sebulan
3.   Miskin: Pendapatan isi rumah kurang RM940 sebulan
4.   Miskin Tegar: Pendapatan isi rumah kurang RM580 sebulan

Kebanyakkan daripada kita tidak termasuk dalam kumpulan ini. Kerana mengikut statistic, kumpulan 1 hingga 4 di atas mewakili 40%. Kerana itu semua golongan tersebut dikenali dengan B40.

Barangan GST 0% membantu Golongan Miskin

Institusi zakat telah menyenaraikan 6 elemen keperluan asas yang utama iaitu,: makanan, tempat tinggal, pakaian, rawatan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan. Antara 6 elemen ini hanya pakaian dikenakan GST dan makanan dicampur aduk.

 Walaubagaimanapun, kerajaan telah mengasingkan makanan yang dikategorikan sebagai asas dengan 0% GST seperti rajah dibawah. Manakala tempias GST yang lain di seimbangkan dengan pemberian insentif BR1M kepada golongan B40 mengikut kadar pendapatan masing-masing.






Kebajikan golongan B40 terpelihara?

Kelihatan di atas kertas, kebajikan golongan B40 dilihat terpelihara daripada tempias GST.

B40 boleh menggunakan pengangkutan awam tanpa GST. Malah bagi Negeri seperi Selangor, johor dan WPKL, bas-bas dibawah Negeri dan myBus disediakan dengan tambang percuma yang dilihat mendapat sambutan meriah dari golongan bukan warganegara Malaysia.

B40 perlu memasak sendiri makanan, bawa bekal ke tempat kerja kerana harga makanan dikedai-kedai makan ada GST hatta sebotol air mineral pun… maka B40 boleh membeli barangan mentah tanpa GST untuk diproses kepada makanan harian.

Pendidikan dan rawatan kesihatan dibawah kerajaan adalah yang termurah di dunia…. B40 tidak ada pilihan lain selain dari menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan dan mendapat rawatan di klinik/hospital kerajaan yang saya kira memberi perkhidmatan yang cekap dan efektif belum dapat ditandingi oleh hospital swasta.

B40 tetap akan terkena sedikit tempias GST bila membeli makanan terproses, pakaian dan lain-lain keperluan atau KEHENDAK yang akhirnya diganti oleh kerajaan dengan BR1M. Diambilkira, B40 memiliki lesen kelas B2 (motosikal) dan memiliki motosikal sendiri dan keperluan penggunaan alat komunikasi seperti telefon mudah alih, BR1M dilihat sangat membantu. Begitu juga agihan zakat bulanan dan bantuan-bantuan keperluan asas yang lain dari pemimpin setempat.

Melihat kepada penggunaan motosikal sebagai keperluan dan kadar caj institusi memandu yang agak tinggi dan diluar kemampuan B40, kerajaan memperkenalkan program pemilikan lesen asas MyLesen bagi 16 tahun ke atas yang mengatasi masalah ketidakmampuan B40 dengan kadar tertinggi RM299 (mungkin lebih rendah, bergantung kepada Institut memandu).

Kerajaan juga telah menghapuskan cukai pendapatan bagi B40 yang membawa kepada penghapusan 300k pembayar cukai tidak lagi perlu membayar cukai.

Secara kesimpulannnya, B40 perlu berhemah dalam berbelanja dan memendam sebarang kehendak yang dilihat tidak perlu dan bukan keperluan asas….


Golongan paling banyak dikenakan GST

Sudah tentu golongan yang memeliki paling banyak KEHENDAK merupakan yang tertinggi dikenakan GST. Lebih banyak kuasa membeli beerti lebih banyak risiko dikenakan GST. Justeru, golongan berkemampuan tinggi (mewah) merupakan penyumbang TERBESAR kepada GST Negara. Dengan kestabilan ekonomi golongan ini, GST dilihat tidak memberi impak atau membebankan.

Golongan Pertengahan…

Bahasa pasarnya, kaya tak kaya, miskin tak miskin. Ini adalah sebenarnya kumpulan yang merasai impak dan bebanan GST, sebarang kenaikan barangan ataupun harga minyak. Kumpulan ini tidak mempunyai kestabilan dalam kewangan dan berbelanja mengikut kemampuan namun tidak begitu berhemah. Mungkin memiliki rumah sendiri justeru terbeban dengan bayaran ansuran rumah dek harga rumah yang tinggi… terbeban dengan ansuran kereta…. Memiliki beberapa kehendak yang seterusnya menyumbang lagi kepada bebanan ekonomi seperti alat komunikasi pintar… perabot rumah… hiasan…barangan kemas… perlancongan….dll

Kerana kewangan yang tidak begitu stabil, sebarang caj tambahan atau kenaikan harga barangan cukup mudah dirasai. Tidak layak juga mendapat bantuan zakat mahupun BR1M. Justeru kerajaan telah melaksanaan langkah pengurang cukai pendapatan sehingga 1-3% bagi membantu golongan pertengahan bermula tahun 2015 iaitu tahun penguatkuasaan GST.

Segelintir kumpulan ini mungkin juga mempunyai kehidupan yang sangat sederhana menyamai kehidupan B40 kerana melebihkan kek ekomoni kepada simpanan dan pelaburan untuk dimikmati dihari akan datang…


Soalan keenam
Dimananakan kumpulan ekonomi anda??

Soalan ketujuh
Apa itu GST?

Diakhir pembicaraan ini, saya berbalik kepada pangkal iaitu apakah GST (Good and Service Tax). GST adalah suatu cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas pengguna apabila pengguna berbelanja.  Maka lebih tinggi perbelanjaan maka lebih sumbangan kepada GST.

GST adalah cukai yang dikemaskini menggantikan  cukai jualan dan cukai perkhidmatan (Sales and service tax , SST) yang sebelum ini dikenakan antara 3-12%.

Satu-satunya kebaikan GST kepada pengguna ini hanya adalah pengguna tahu setiap kali perbelanjaannya ada dikenakan cukai kerana harga barangan dan harga cukai diasingkan. Berbanding dengan SST , penggunakan dikenakan cukai yang terselindung didalam harga barangan dan tidak diasingkan. Justeru pengguna sebenarnya telah lama membayar cukai keatas barangan tanpa disedari.

Dengan kadar GST yang tetap dan diketahui umum, para peniaga/pemborong sukar memanipulasikan harga barangan… Penguatkuasaan oleh kerajaan khususnya KPDNKK lebih mudah dijalankan dengan dokumen-dokumen yang lebih kemas dengan pengasingan cukai dan harga barangan. Secara tidak langsung menyelesaikan krisis ketirisan hasil kerajaan sebelum ini dalam SST.

GST juga dilihat berjaya mewujudkan impak ‘awareness’ kepada budaya pengguna bijak terhadap masayarakat Malaysia kerana mereka lebih berhati-hati berbelanja agar tidak menjadi penyumbang besar dalam GST.

Kesimpulan
Dasar dan polisi GST dilihat sangat baik dan memberi impak positif secara teori. Justeru, kerajaan perlu memastikan pengurusan dan perlaksanaan  yang efektif bagi membolehkan perlaksanaan GST memberi impak positif kepada rakyat dan telah mengambilkira bebanan B40.

Dari sudut kepenggunaan, mahu tidak mahu kita perlu berhemah dalam perbelanjaan.


Soalan kelapan
Bagaimana persepsi anda dalam menjawab kembali soalan pertama hingga lima?

Soalan Kesembilan?
Dimana kelompangan / ketirisan dalam advokasi, perlaksanaan dan penguatkuasaan GST sehingga masyarakat masih memandang GST suatu bebanan dari kerajaan kepada rakyat???


Terima kasih.





Saturday, October 08, 2016

Buat kenangan

Courtacy visit to YAB MB Terengganu and TYT Penang.

Dua bulan terabai

Dua bulan hujung minggu terisi dengan kerja dek program berturutan setiap sabtu dan ahad. Out station sambil bawak anak2 sekali.

Bila hujung minggu kerja, saya akan ambil cuti rehat setiap rabu. Menguruskan hal ehwal rumah tangga. Bukan working women sepenuh masa je tau.... suri rumah pun sepenuh masa...

Maka... jangan kata rumah terabai.. laman rumah lagi lah terabai.

Minggu ini alhamdulillah tak ada program... sebab sempena minggu sukan negara.... hahaha tak leh ada program lain tau...

Korang bersukan lah. I nak berkebun.... tup tap... kailan lebar daunnya besar tapak tangan saya yg kecik ni.. tomato pun besar dah start blooming. Pandai korang semua berdikarikan...



Kailan di pasu belakang nampak subur betul. Sawi pun bolehlah.. kobis di pasu kanan sekali macam lambat sungguh... wal hal semai sama dengan kailan...

Pokok tomato ada dlm 8 pokok. Ada yg besar ada yg tak berapa besar. Tak tahu kenapa pertumbuhan lain2. Ada 3 pokok dah start berbunga... pokok cili paling lebat bunganya.. berbunga jugaklah hati saya...



Dalam sibuk dua bulan sempat semai sawi cina jugak....

Dan minggu ni is fertilize timeeeee....





penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...